PROFIL Dengan tertubuhnya JCCD, pelbagai program akan dilaksanakan untuk mempertingkat pengetahuan insentif para kontraktor negeri Johor dan sedikit sebanyak akan turut diberi pendedahan kepada projek mega. Melalui program seperti ini, para kontraktor berpotensi untuk meraih pengalaman dan peluang yang terbuka luas.
 / LATAR BELAKANG JCCD

JOHOR CENTRE FOR CONSTRUCTION DEVELOPMENT SDN BHD atau “JCCD” telah diperbadankan pada 23 Mei 2017 sebagai salah satu anak syarikat kepada PERMODALAN DARUL TAKZIM. Adalah dimaklumkan bahawa, Kerajaan Negeri Johor telah menubuhkan Johor Centre For Construction Development (JCCD) sebagai salah satu syarikat berkaitan kerajaan dan telah diberi mandat untuk membangunkan serta memperkasakan tahap kompetensi kontraktor Johor. Selaras dengan itu, pentadbiran ini juga bertanggungjawab untuk mewujudkan satu pangkalan data bagi kontraktor Johor. Pangkalan data ini bertujuan untuk memantau serta memperkukuhkan lagi industri pembinaan di samping memperkasakan kualiti kontraktor di seluruh negeri Johor.

Kumpulan fokus JCCD terdiri daripada kontraktor berdaftar di Negeri Johor yang akan dipilih untuk program Pembangunan Prestasi Tinggi bagi meningkatkan kepakaran teknikal, kemahiran pengurusan dan memberi pendedahan kepada projek- projek mega di Johor.

Dengan tertubuhnya JCCD, pelbagai program akan dilaksanakan untuk mempertingkat pengetahuan insentif para kontraktor negeri Johor dan sedikit sebanyak akan turut diberi pendedahan kepada projek mega. Melalui program seperti ini, para kontraktor berpotensi untuk meraih pengalaman dan peluang yang terbuka luas.

Disamping itu, laman web JCCD telah dibangunkan sebagai satu pusat sehenti untuk menghubungkan kontraktor, pembekal dan agensi tempatan. Dengan hanya mendaftar di laman web www.jccd.com.my, para pengguna dapat memperolehi maklumat berkaitan dengan industri pembinaan secara menyeluruh.

 / VISI JCCD

Untuk memperkasa kontraktor Johor.

 / MISI JCCD

Melahirkan kontraktor Johor yang kompeten, maju dan berdaya saing.

 / OBJEKTIF JCCD
  • Melaksana dan menyelia program pembangunan kontraktor dalam tiga teras utama iaitu peningkatan keupayaan, peningkatan peluang, dan peningkatan persekitaran industri.
  • Menjadi pusat pengurusan maklumat dan sumber rujukan industri, agensi, dan kontraktor Johor.
  • Menjadi pemudah cara antara industri, agensi dan kontraktor dalam semua bidang termasuk dana dan khidmat pakar.