/ LATAR BELAKANG JCCD

JOHOR CENTRE FOR CONSTRUCTION DEVELOPMENT SDN BHD atau “JCCD” telah diperbadankan pada 23 Mei 2017 sebagai salah satu anak syarikat kepada PERMODALAN DARUL TAKZIM. Ianya merupakan satu pusat setempat pelaksana cadangan dapatan berdasarkan kajian di dalam Pelan Induk Pembangunan Kontraktor Johor sebagai satu program yang akan dipantau oleh YB Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Negeri Johor.

Kumpulan fokus JCCD terdiri daripada kontraktor berdaftar di Negeri Johor yang akan dipilih untuk program Pembangunan Prestasi Tinggi bagi meningkatkan kepakaran teknikal, kemahiran pengurusan dan memberi pendedahan kepada projek- projek mega di Johor. Kontraktor terbaik dalam klasifikasi gred masing-masing akan dikenalpasti dan dibangunkan oleh Bahagian Pembangunan Kontraktor & Usahawan (BPKU) di Kementerian Kerja Raya untuk diselaraskan di bawah Kontraktor Bumiputera Berprestasi Tinggi (KBBT).

Dengan tertubuhnya JCCD, pelbagai program akan dilaksanakan untuk mempertingkat pengetahuan insentif para kontraktor negeri Johor dan sedikit sebanyak akan turut diberi pendedahan kepada projek mega. Melalui program seperti ini, para kontraktor berpotensi untuk meraih pengalaman dan peluang yang terbuka luas.

Disamping itu, laman web JCCD telah dibangunkan sebagai satu pusat sehenti untuk menghubungkan kontraktor, pembekal dan agensi tempatan. Dengan hanya mendaftar di laman web www.jccd.com.my, para pengguna dapat memperolehi maklumat berkaitan dengan industri pembinaan secara menyeluruh.

 / VISI JCCD

Untuk memperkasa kontraktor Johor.

 / MISI JCCD

Melahirkan kontraktor Johor yang kompeten, maju dan berdaya saing.

 / OBJEKTIF JCCD
  • Melaksana dan menyelia program pembangunan kontraktor dalam tiga teras utama iaitu peningkatan keupayaan, peningkatan peluang, dan peningkatan persekitaran industri.
  • Menjadi pusat pengurusan maklumat dan sumber rujukan industri, agensi, dan kontraktor Johor.
  • Menjadi pemudah cara antara industri, agensi dan kontraktor dalam semua bidang termasuk dana dan khidmat pakar.