/ BANTUAN KEWANGAN

Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad (CGC)

Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad (CGC) adalah sebuah syarikat berhad yang yang ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 1965 pada 5 Julai 1972. Objektif utamanya adalah untuk memainkan peranan pembangunan dalam menyokong agenda pembangunan ekonomi negara dengan membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang marginal tetapi berpotensi untuk berdaya maju, terutamanya perusahaan tanpa cagaran atau tidak mempunyai cagaran dan rekod yang mencukupi, untuk mendapatkan pembiayaan daripada institusi kewangan. Melalui skim jaminannya, CGC telah memudahkan akses kepada pembiayaan buat PKS.

SELANJUTNYA >>

Objektif

BizMula-i adalah skim pembiayaan terus untuk memanfaatkan perniagaan yang beroperasi kurang dari 4 tahun dengan menggunakan Dana BNM untuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) – Semua Sektor Ekonomi (selain PKS dalam Sektor Pertanian Primer dan Perusahaan Mikro).

Dana ini direka bagi memudahkan akses kepada pembiayaan bagi PKS yang berdaya maju.

Tujuan Pembiayaan

  • Modal kerja; dan/ atau
  • Perolehan aset (iaitu: pembelian mesin dan peralatan)

SELANJUTNTA >>

Kriteria Kelayakan

  • Pemohon mestilah seorang usahawan Bumiputera atau syarikat Bumiputera yang dimiliki sepenuhnya (100%) oleh Bumiputera;
  • Pemohon mestilah mempunyai projek/kontrak terjamin daripada kerajaan, badan-badan dan agensi kerajaan, badan-badan berkanun atau syarikat-syarikat milik kerajaan;
  • Projek/kontrak yang diperolehi daripada syarikat-syarikat swasta yang memenuhi kriteria berikut juga adalah layak: –
    a. Pemberi kontrak mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh dengan Dana Pemegang Saham Bersih sekurang-kurangnya RM20.0 juta;
    b. Telah beroperasi selama tidak kurang dari tiga (3) tahun;
    c. Tiada rekod kerugian yang dicatatkan dalam tempoh tiga (3) tahun terakhir.
  • Untuk kontraktor, pemohon mestilah berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) dan tidak disenaraihitamkan oleh PKK;
  • Tiada kemudahan kredit lain yang diberikan oleh Institusi Kewangan lain untuk membiayai projek/kontrak yang sama.

SELANJUTNYA >>

Objektif

BizWanita-i adalah skim pembiayaan terus khusus untuk usahawan wanita yang perniagaannya beroperasi kurang dari 4 tahun dengan menggunakan Dana BNM untuk PKS (selain PKS dalam Sektor Pertanian Primer dan Perusahaan Mikro).

Dana ini direka bagi memudahkan akses kepada pembiayaan bagi PKS yang berdaya maju.

Tujuan Pembiayaan

  • Modal kerja; dan/atau
  • Perolehan aset (iaitu pembelian mesin dan peralatan)

Pembiayaan tidak boleh digunakan untuk:

  • Pembelian saham;
  • Pembiayaan semula kemudahan kredit / pembiayaan sedia ada;
  • Pembelian tanah/ pelaburan hartanah;
  • Pembelian hartanah perniagaan;

SELANJUTNTA >>

Kami ingin memaklumkan bahawa CGC tidak melantik mana-mana pihak ketiga untuk berurusan bagi pihak dan/atau mewakili CGC berkenaan produk serta perkhidmatannya.

Sekiranya anda dihubungi oleh pihak ketiga yang menyamar sebagai agen CGC atau memperkenalkan dirinya sebagai wakil CGC atau anda mempunyai sebarang maklumat berhubung hal ini, sila hubungi kami di cawangan:

Johor Bahru
No 46, Jalan Sulam, Taman Sentosa,
80150 Johor Bahru, Johor
Tel : +607-3382788
Fax : +607-3344977
Pegawai : Muhamad Fazuli Bin Safar
Email :  fazuli@cgc.com.my

Batu Pahat
No.20, Jalan Maju, Taman Maju,Bukit Pasir
83000 Batu Pahat, Johor
Tel : +607-4322633
Fax : +607-4323088
Pegawai : Mohd Johari Bin Yousop (Yusof)
Email : mohdjohari@cgc.com.my