/ LEMBAGA PENGARAH

YB HAJI MOHD SOLIHAN BIN BADRI


PERLANTIKAN: OGOS 2018
JAWATAN TERKINI: PENGERUSI JCCD

YB DATO’ HAJI RAMLEE BIN HAJI A. RAHMAN


PERLANTIKAN:OGOS 2018
JAWATAN TERKINI: TIMBALAN SETIAUSAHA KERAJAAN JOHOR (PEMBANGUNAN)

TUAN HAJI LUKMAN BIN ABU BAKAR


PERLANTIKAN: 23 MEI 2017
JAWATAN TERKINI: KETUA EKSEKUTIF PERMODALAN DARUL TA’ZIM

TUAN KHAIRUDDIN BIN HASSAN


PERLANTIKAN:OKTOBER 2017
JAWATAN TERKINI: PENGURUS BESAR KEWANGAN, KUMPULAN PRASARANA RAKYAT JOHOR SDN. BHD. (KPRJ)

/ PENGURUSAN

ENCIK MOHD EKMALUDDIN BIN ISHAK


KETUA EKSEKUTIF
Encik Mohd Ekmaluddin Bin Ishak telah dilantik untuk menyertai Johor Centre for Construction Development pada 1 Jun 2017. Pada masa yang sama, beliau juga merupakan seorang Pegawai Tadbir Negeri Johor yang telah berkhidmat di Unit Perancangan Ekonomi Johor sejak Februari 2007 hingga kini. Beliau menjawat jawatan sebagai Ketua Penolong Pengarah di UPEN Johor di dalam pelbagai bidang dan portfolio. Antaranya adalah Pembangunan Wilayah & Perbandaran, Projek Khas, Ekonomi Makro, Pembangunan Sektoral dan Infrastruktur Awam serta projek penswastaan. Disamping itu, beliau juga telah dilantik sebagai salah seorang ahli jawatankuasa pelaburan di salah satu syarikat berkaitan kerajaan negeri Johor.

ENCIK DZULKIFLY BIN HASSAN


KETUA PEGAWAI KEWANGAN
Perlantikan Encik Dzulkifly Bin Hassan di Johor Centre for Construction Development bermula pada 1 Jun 2017. Pada masa yang sama, beliau juga menyandang jawatan sebagai Timbalan Presiden Korporat & Kewangan di Permodalan Darul Ta’zim sejak Januari 2014. Beliau pernah mengetuai Pasukan Pembangunan Perniagaan di Ranhill Water Services Sdn Bhd untuk mendapatkan projek-projek Bukan Air Hasil (NRW) di Malaysia dari Disember 2007 hingga Disember 2013. Selain itu, Encik Dzulkifly pernah berkhidmat sebagai Eksekutif Kanan Kumpulan di Permodalan Melayu Negeri Johor Berhad (KPMNJ) pada September 2002 sehingga November 2007. Beliau yang merupakan seorang juruaudit berpengalaman pernah berkhidmat di Azman, Wong, Salleh & Co pada Ogos 2001 sehingga Ogos 2002 dan James & Co pada Jun 2000 sehingga Mei 2001.